Wednesday, October 17, 2007

PENGENALAN


Kami dari kumpulan Dinamik telah menjalankan soal selidik di seluruh Kampung Kelantan yang terdiri daripada 30 orang responden dengan responden lelaki seramai 13 orang dan responden perempuan seramai 17 orang. Responden-responden tersebut terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu seramai 27 orang, kaum cina seorang, serta responden yang merupakan kacukan antara India dan Cina seramai dua orang. Kajian kami juga melibatkan responden daripada pelbagai umur iaitu responden yang berumur 30 tahun dan keatas seramai 11 orang , 30 hingga 40 tahun seramai 9 orang,dan responden yang berumur 40 tahun keatas seramai 10 orang. Ini kerana kami ingin mendapatkan pelbagai respon daripada semua golongan tanpa mengira kaum,bangsa dan umur. Selain itu,responden yang kami temui juga terdiri daripada golongan dari pelbagai sektor pekerjaan seperti, buruh atau pekerja kilang, guru, pemandu, peniaga, suri rumah, dan juga pelajar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesedaran serta kerjasama daripada penduduk itu sendiri adalah sangat penting untuk merealisasikan segala matlamat dan cadangan. Memastikan kestabilan ekosistem sesuatu tempat itu adalah perlu untuk memastikan alam sekitar dapat dikekalkan. Selain itu, jangan menyalahkan pihak yang berwajib sahaja kerana proses memastikan pengekalan ekosistem adalah bergantung pada semua pihak dan bukannya pihak berwajib sahaja. Kita juga tidak patut menyalahkan pihak JPS sahaja apabila berlaku sesuatu kesulitan Ini adalah kerana mereka hanya menjalankan kerja mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Selain itu, kerjasama daripada penduduk juga amat penting. Kita hendaklah membuangkan sikap membuang sampah ke dalam sungai dengan mengamalkan sikap mencintai sungai. Justeru, penduduk haruslah berubah dan berfikiran positif dan dinasihati supaya penduduk sedar dan berubah dengan kesan negatif yang mungkin dialami oleh mereka. Selain itu, kita hendaklah menyokong segala kempen-kempen kesedaran yang akan diadakan oleh pihak kerajaan. Janganlah kita mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri. Terakhir sekali, aktiviti mendalamkan sungai memerlukan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan memindahkan penduduk keluar dari kawasan tersebut dengan berbekalkan wang pampasan. Ini adalah kerana aktiviti mendalamkan sungai akan menelankan berjuta-juta ringgit.

RUMUSAN


Jelas sekali penduduk di Kampung Kelantan tidak beri perhatian terhadap sungai mereka. Kesan sampingan selepas banjir ialah:

(1) aktiviti harian mereka terganggu seperti memancing di sungai
(2) merosakkan tanaman dan ternakan walaupun di kampung itu bukan terdiri daripada golongan petani dan penternak
(3) mengubahkan keadaan persekitaran. Contohnya, hakisan tanah berlaku menyebabkan kelebaran sungai semakin bertambah.
(4) Selain itu, bilangan penduduk semakin berkurang kerana terdapat rumah yang musnah dan mereka ingin berpindah ke tempat yang lebih selamat.
(5) gangguan busuk daripada bau bangkai dan sampah-sarap
(6) sistem perparitan seperti longkang tersumbat dengan sampah-sarap yang bersaiz besar seperti tilam
(7) Berlaku pencemaran tanah dan air seperti air sungai dicemari dengan bangkai dan sampah sarap yang menyebabkan sungai tersebut tidak selamat digunakan. Hal ini mengakibatkan kesihatan penduduk terjejas
Penduduk tidak sanggup mengambil risiko untuk aktiviti pertanian kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir. Penduduk berpuas hati terhadap tindakan yang diambil oleh JPS dalam membaikpulih sebarang kerosakan yang berlaku di kawasan kampung. Antara cadangan yang dikemukakan oleh penduduk ialah:
(1) pihak JPS hendaklah sentiasa memantau sistem perparitan dan saliran di kampung tersebut
(2) membaikpulih sistem saliran perparitan dan saliran
(3) mendalamkan sungai
(4) membina benteng konkrit di tepi sungai

Wednesday, October 10, 2007


HASIL DARIPADA TEMURAMAH DENGAN PUAN SUPARTINI, WAKIL JPS



(1) Kampung Kelantan merupakan kawasan tanah persendirian. Pihak JPS tidak boleh sewenang-wenang menjalankan aktiviti penyelenggaraan tanpa keizinan tuan tanah. Ini adalah kerana kawasan tersebut bukan milik kerajaan. Jika pihak JPS memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran tuan tanah, pihak JPS boleh dilabelkan sebagai penceroboh. Maka tuan tanah boleh menyaman pihak JPS.

(2) Selain itu, jentera-jentera besar agak susah untuk memasuki ke kawasan tersebut. Ini adalah kerana keluasan kawasannya agak sempit. Namun begitu, pihak JPS berusaha memasuki kawasan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka bagi menjalankan aktiviti mendalamkan sungai yang terdapat di kawasan tersebut.

(3) Antara tindakan awal yang telah diambil oleh pihak JPS ialah memperbaiki system perparitan serta menjalankan aktiviti mendalamkan sungai. Tujuan mendalamkan sungai adalah untuk mengurangkan paras banjir yang terdahulu. Namun begitu, aktiviti mendalamkan sungai memerlukan kos yang sangat tinggi. Puan Supartini telah mengatakan bahawa mengeluarkan penduduk dari kampung tersebut dengan berbekalkan wang pampasan lebih menjimatkan berbanding dengan projek mendalamkan sungai yang menelan berjuta-juta ringgit. Namun begitu, kebanyakan penduduk di kawasan tersebut tidak mahu meninggalkan kawasan mereka. Ini adalah kerana mereka saying kepada tanah pusaka mereka.

(4) Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen kesedaran seperti Kempen Pencinta Sungai, namun penduduk Kota Tinggi masih lagi mengamalkan tradisi membuang sampah ke dalam sungai. Ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa sampah yang telah dibuang ke dalam sungai akan hilang dibawa oleh arus sungai. Namun begitu, mereka tidak memikirkan kebersihan sungai dan akibat daripada perbuatan mereka itu.

(5) Puan Supartini ada mengatakan bahawa, pihak JPS telah membina pam yang digunakan untuk membuang air yang bertakung ke sungai. Namun begitu, pam itu tidak berfungsi semasa kejadian banjir. Ini adlah kerana kipas pam tersebut telah disekat oleh sampah sarap seperti tilam. Kampung Kelantan telah mengalami hakisan kerana kampung tersebut terletak bersebelahan dengan Sungai Johor. Antara cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak JPS ialah membina tembok di kawasan Bandar Kota Tinggi. Namun begitu, cadangan itu belum mendapat kelulusan daripada pihak atasan.

SOALAN 21 : Pada pendapat anda, adakah banjir meninggalkan kesan ke atas pembangunan negeri Johor?



Berdasarkan graf analisis di atas, jelaslah bahawa kejadian banjir bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk Kota Tinggi, malah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas pembangunan Negeri Johor juga. Terutama sekali dari segi pentadbiran dan ekonomi Kota Tinggi. Kota Tinggi memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk membangunkan semula pentadbiran negeri tersebut.

SOALAN 20 : Jika ada, sila nyatakan cadangan anda.

Antara cadangan yang telah dikemukakan oleh para responden ialah

(1) Berharap agar pihak kerajaan dapat menyediakan rumah untuk mangsa banjir yang telah hilang tempat berteduh
(2) Mendalamkan sungai, membaikpulih system perparitanBerharap agar ihak JPS dapat membina benteng konkrit di tepi sungai Kampung Kelantan bagi mengelakkan hakisan tanah
Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk masih prihatin dengan kesan banjir.