Wednesday, October 17, 2007

PENGENALAN


Kami dari kumpulan Dinamik telah menjalankan soal selidik di seluruh Kampung Kelantan yang terdiri daripada 30 orang responden dengan responden lelaki seramai 13 orang dan responden perempuan seramai 17 orang. Responden-responden tersebut terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu seramai 27 orang, kaum cina seorang, serta responden yang merupakan kacukan antara India dan Cina seramai dua orang. Kajian kami juga melibatkan responden daripada pelbagai umur iaitu responden yang berumur 30 tahun dan keatas seramai 11 orang , 30 hingga 40 tahun seramai 9 orang,dan responden yang berumur 40 tahun keatas seramai 10 orang. Ini kerana kami ingin mendapatkan pelbagai respon daripada semua golongan tanpa mengira kaum,bangsa dan umur. Selain itu,responden yang kami temui juga terdiri daripada golongan dari pelbagai sektor pekerjaan seperti, buruh atau pekerja kilang, guru, pemandu, peniaga, suri rumah, dan juga pelajar.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesedaran serta kerjasama daripada penduduk itu sendiri adalah sangat penting untuk merealisasikan segala matlamat dan cadangan. Memastikan kestabilan ekosistem sesuatu tempat itu adalah perlu untuk memastikan alam sekitar dapat dikekalkan. Selain itu, jangan menyalahkan pihak yang berwajib sahaja kerana proses memastikan pengekalan ekosistem adalah bergantung pada semua pihak dan bukannya pihak berwajib sahaja. Kita juga tidak patut menyalahkan pihak JPS sahaja apabila berlaku sesuatu kesulitan Ini adalah kerana mereka hanya menjalankan kerja mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Selain itu, kerjasama daripada penduduk juga amat penting. Kita hendaklah membuangkan sikap membuang sampah ke dalam sungai dengan mengamalkan sikap mencintai sungai. Justeru, penduduk haruslah berubah dan berfikiran positif dan dinasihati supaya penduduk sedar dan berubah dengan kesan negatif yang mungkin dialami oleh mereka. Selain itu, kita hendaklah menyokong segala kempen-kempen kesedaran yang akan diadakan oleh pihak kerajaan. Janganlah kita mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri. Terakhir sekali, aktiviti mendalamkan sungai memerlukan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan memindahkan penduduk keluar dari kawasan tersebut dengan berbekalkan wang pampasan. Ini adalah kerana aktiviti mendalamkan sungai akan menelankan berjuta-juta ringgit.

RUMUSAN


Jelas sekali penduduk di Kampung Kelantan tidak beri perhatian terhadap sungai mereka. Kesan sampingan selepas banjir ialah:

(1) aktiviti harian mereka terganggu seperti memancing di sungai
(2) merosakkan tanaman dan ternakan walaupun di kampung itu bukan terdiri daripada golongan petani dan penternak
(3) mengubahkan keadaan persekitaran. Contohnya, hakisan tanah berlaku menyebabkan kelebaran sungai semakin bertambah.
(4) Selain itu, bilangan penduduk semakin berkurang kerana terdapat rumah yang musnah dan mereka ingin berpindah ke tempat yang lebih selamat.
(5) gangguan busuk daripada bau bangkai dan sampah-sarap
(6) sistem perparitan seperti longkang tersumbat dengan sampah-sarap yang bersaiz besar seperti tilam
(7) Berlaku pencemaran tanah dan air seperti air sungai dicemari dengan bangkai dan sampah sarap yang menyebabkan sungai tersebut tidak selamat digunakan. Hal ini mengakibatkan kesihatan penduduk terjejas
Penduduk tidak sanggup mengambil risiko untuk aktiviti pertanian kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir. Penduduk berpuas hati terhadap tindakan yang diambil oleh JPS dalam membaikpulih sebarang kerosakan yang berlaku di kawasan kampung. Antara cadangan yang dikemukakan oleh penduduk ialah:
(1) pihak JPS hendaklah sentiasa memantau sistem perparitan dan saliran di kampung tersebut
(2) membaikpulih sistem saliran perparitan dan saliran
(3) mendalamkan sungai
(4) membina benteng konkrit di tepi sungai

Wednesday, October 10, 2007


HASIL DARIPADA TEMURAMAH DENGAN PUAN SUPARTINI, WAKIL JPS



(1) Kampung Kelantan merupakan kawasan tanah persendirian. Pihak JPS tidak boleh sewenang-wenang menjalankan aktiviti penyelenggaraan tanpa keizinan tuan tanah. Ini adalah kerana kawasan tersebut bukan milik kerajaan. Jika pihak JPS memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran tuan tanah, pihak JPS boleh dilabelkan sebagai penceroboh. Maka tuan tanah boleh menyaman pihak JPS.

(2) Selain itu, jentera-jentera besar agak susah untuk memasuki ke kawasan tersebut. Ini adalah kerana keluasan kawasannya agak sempit. Namun begitu, pihak JPS berusaha memasuki kawasan tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka bagi menjalankan aktiviti mendalamkan sungai yang terdapat di kawasan tersebut.

(3) Antara tindakan awal yang telah diambil oleh pihak JPS ialah memperbaiki system perparitan serta menjalankan aktiviti mendalamkan sungai. Tujuan mendalamkan sungai adalah untuk mengurangkan paras banjir yang terdahulu. Namun begitu, aktiviti mendalamkan sungai memerlukan kos yang sangat tinggi. Puan Supartini telah mengatakan bahawa mengeluarkan penduduk dari kampung tersebut dengan berbekalkan wang pampasan lebih menjimatkan berbanding dengan projek mendalamkan sungai yang menelan berjuta-juta ringgit. Namun begitu, kebanyakan penduduk di kawasan tersebut tidak mahu meninggalkan kawasan mereka. Ini adalah kerana mereka saying kepada tanah pusaka mereka.

(4) Pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai kempen kesedaran seperti Kempen Pencinta Sungai, namun penduduk Kota Tinggi masih lagi mengamalkan tradisi membuang sampah ke dalam sungai. Ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa sampah yang telah dibuang ke dalam sungai akan hilang dibawa oleh arus sungai. Namun begitu, mereka tidak memikirkan kebersihan sungai dan akibat daripada perbuatan mereka itu.

(5) Puan Supartini ada mengatakan bahawa, pihak JPS telah membina pam yang digunakan untuk membuang air yang bertakung ke sungai. Namun begitu, pam itu tidak berfungsi semasa kejadian banjir. Ini adlah kerana kipas pam tersebut telah disekat oleh sampah sarap seperti tilam. Kampung Kelantan telah mengalami hakisan kerana kampung tersebut terletak bersebelahan dengan Sungai Johor. Antara cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak JPS ialah membina tembok di kawasan Bandar Kota Tinggi. Namun begitu, cadangan itu belum mendapat kelulusan daripada pihak atasan.

SOALAN 21 : Pada pendapat anda, adakah banjir meninggalkan kesan ke atas pembangunan negeri Johor?



Berdasarkan graf analisis di atas, jelaslah bahawa kejadian banjir bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk Kota Tinggi, malah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas pembangunan Negeri Johor juga. Terutama sekali dari segi pentadbiran dan ekonomi Kota Tinggi. Kota Tinggi memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk membangunkan semula pentadbiran negeri tersebut.

SOALAN 20 : Jika ada, sila nyatakan cadangan anda.

Antara cadangan yang telah dikemukakan oleh para responden ialah

(1) Berharap agar pihak kerajaan dapat menyediakan rumah untuk mangsa banjir yang telah hilang tempat berteduh
(2) Mendalamkan sungai, membaikpulih system perparitanBerharap agar ihak JPS dapat membina benteng konkrit di tepi sungai Kampung Kelantan bagi mengelakkan hakisan tanah
Hal ini jelas menunjukkan bahawa penduduk masih prihatin dengan kesan banjir.

SOALAN 19 : Adakah anda mempunyai sebarang cadangan untuk menjadikan kawasan persekitaran yang musnah semasa banjir dapat diperbaiki semula?



Berdasarkan graf diatas, hanya 18 orang yang memberikan pendapat tentang bagaimana membaiki persekitaran yang musnah akibat banjir. Ini menunjukkan wujudnya kesedaran dalam diri mereka betapa pentingnya langkah berjaga-jaga. Selain itu, analisis ini dapat menunjukkan bahawa mereka amat perihatin dan mengambil berat keselamatan antara satu sama lain.

SOALAN 18 : Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan banjir daripada berulang?

Antara pendapat yang telah dikemukakan oleh para responden ialah

(1) Membina lebih banyak longkang
(2) Mendalamkan lagi sungai
(3) Membaiki system saliran yang tersumbatAktiviti pembalakan di kawasan tersebut hendaklah dipantau oleh pihak
Cadangan penduduk ini seharusnya dipertimbangkan terlebih dahulu untuk menganalisa segala baik dan buruk terhadap kedua-dua belah pihak.

SOALAN 17 : Adakah anda berpuas hati dengan penyelenggaraan yang dilakukan?



Berdasarkan graf di atas, jelaslah bahawa pihak JPS telah menjalankan kerja mereka dengan baik. Ini dapat dibuktikan dengan perasaan puas hati penduduk Kampung Kelantan terhadap kerja pihak JPS dalam aktiviti penyelenggaraan sistem saliran

SOALAN 16 : Adakah pihak berkuasa telah membaikpulih sebarang kerosakan yang berlaku di kawasan kampung?


Berdasarkan CARTA PAI di atas, jelaslah pihak JPS telah melaksanakan kerja-kerja mereka dengan membaikpulihkan system perparitan yang tersumbat

SOALAN 14 : Adakah pihak JPS telah menyelenggara sistem saliran dengan baik?



Berdasarkan graf di atas, jelaslah bahawa pihak JPS telah menjalankan kerja mereka dengan baik. Ini dapat dibuktikan dengan perasaan puas hati penduduk Kampung Kelantan terhadap kerja pihak JPS dalam aktiviti penyelenggaraan sistem saliran.

SOALAN 13 : Apakah bentuk perubahan yang dapat dilihat dengan jelas selepas banjir?

Berdasarkan graf di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak perubahan yang dapat diperhatikan oleh penduduk kampung Kelantan. Antaranya ialah sungai tercemar dengan sampah sarap dan bangkai serta kelebaran sungai bertambah. Selain itu, terdapat ramai penduduk dari kampung tersebut telah berpindah ke tempat lain yang lebih selamat daripada banjir.

SOALAN 12: Adakah banjir telah merosakkan mata pencarian hidup anda sekeluarga?



Berdasarkan graf di atas, dapat disimpulkan bahawa penduduk di kampung Kelantan telah hilang punca mata pencarian untuk tempoh yang agak lama. Mereka terpaksa tidak bekerja untuk beberapa minggu. Mereka kembali bekerja selepas mereka yakin Kota Tinggi boleh beroperasi semula seperti biasa.

SOALAN 11: Jika ada, apakah jenis tanaman yang dihasilkan?

Antara tanaman yang diusahakan oleh para responden ialah sayur-sayuran, dusun buah-buahan dan pokok kelapa. Namun hanya segelintir sahaja yang menjalankan aktiviti tanaman. Ini adalah kerana kebanyakkan responden tidak ada masa untuk bertanam ekoran kesibukan bekerja.

Tuesday, October 9, 2007

SOALAN 10: Adakah anda menjalankan sebarang pertanian sebagai aktiviti sampingan?



Berdasarkan graf di atas, dapat disimpulkan bahawa tidak semua penduduk di kampung Kelantan menjalankan sebarang aktiviti pertanian sebagai aktiviti sampingan. Ini adalah kerana mereka tidak sempat menjalankan aktiviti sampingan ekoran daripada kesibukan mereka bekerja.

SOALAN 9: Adakah banjir telah menyebabkan berlakunya pencemaran di sesetengah kawasan kampung anda?



Berdasarkan graf atas, jelaslah penduduk di kampung Kelantan mengalami masalah gangguan busuk yang berpunca daripada bau bangkai dan sampah sarap. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada penduduk kampung tersebut, mereka menyatakan bahawa air sungai telah dicemari dengan bangkai haiwan dan sampah sarap sehinggakan sungai tersebut tidak selamat digunakan lagi. Ini adalah kerana mereka khuatiri kesihatan mereka akan terganggu.

SOALAN 8 : Adakah terdapat sebarang sistem saliran yang tersumbat di kawasan sekitar kampung anda?



Berdasarkan graf di atas, sistem perparitan terganggu akibat tersumbat dengan pelbagai saiz dan jenis sampah sarap. Puan Supartini, wakil daripada pihak JPS ada mengatakan bahawa tilam adalah salah satu contoh benda yang telah menyebabkan longkang tersumbat sehinggakan air hujan tidak dapat mengalir keluar ke laut.

SOALAN 7: Adakah kawasan persekitaran tempat tinggal anda mengalami masalah gangguan bau busuk?




Berdasarkan graf di atas, jelaslah penduduk di kampung Kelantan mengalami masalah gangguan busuk yang berpunca daripada bau bangkai dan sampah sarap. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada penduduk kampung tersebut, mereka menyatakan bahawa air sungai telah dicemari dengan bangkai haiwan dan sampah sarap sehinggakan sungai tersebut tidak selamat digunakan lagi. Ini adalah kerana mereka khuatiri kesihatan mereka akan terganggu.

SOALAN 6: Adakah terdapat sebarang hakisan tanah yang berlaku di kawasan sekitar selepas banjir?



Berdasarkan graf di atas, jelaslah terdapat hakisan tanah yang berlaku semasa banjir berlaku. Antaranya buktinya ialah kelebaran sungai bertambah ekoran daripada fenomena banjir tersebut.

SOALAN 5: Adakah banjir telah mengubah persekitaran kawasan penempatan anda?



Berdasarkan graf di atas, jelaslah terdapat banyak perubahan yang telah berlaku ekoran kesan daripada kejadian banjir. Antaranya ialah terdapat beberapa buah rumah telah musnah dan terdapat rumah yang terbiar begitu sahaja oleh tuannya walaupun fenomena banjir telah berlalu.

SOALAN 4: Adakah terdapat banyak binatang ternakan yang mati semasa berlakunya banjir?



Berdasarkan graf di atas, jelaslah terdapat banyak binatang ternakan kepunyaan penduduk di kampung Kelantan telah mati. Antaranya ialah anak-anak ayam.

SOALAN 3: Adakah banjir telah merosakkan banyak tanaman dan ternakan penduduk kampung anda?



Berdasarkan graf di atas, jelaslah terdapat banyak tanaman dan ternakan kepunyaan penduduk di kampung Kelantan telah musnah. Antaranya ialah anak-anak ayam dan sayur-sayuran. Sehinggakan penduduk di kampung Kelantan tidak sanggup mengambil risiko untuk aktiviti pertanian kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir.

SOALAN 2: Adakah kejadian banjir banyak memberikan kesan ke atas aktiviti harian?



Berdasarkan graf di atas, dapat disimpulkan bahawa kejadian banjir telah memberikan kesan ke atas aktiviti harian mereka seperti budak-budak tidak dapat pergi ke sekolah untuk jangka masa yang panjang sehinggalah sekolah itu telah diperbaiki semula.

SOALAN 1: Adakah kebersihan Sungai Johor dijaga dengan baik sebelum berlakunya banjir?



Berdasarkan carta pai di atas, dapat disimpulkan bahawa sumgai di Kampung Kelantan tidak dijaga dengan baik oleh penduduk di kampung tersebut. Analisis ini disokong juga dengan kenyataan penduduk kampung Kelantan itu sendiri yang telah mengatakan bahawa amalan membuang sampah ke dalam sungai telah menjadi satu tradisi turun menurun keluarga mereka.Hal ini disebabkan oleh tiada tempat untuk pembuangan sampah khas. Disebabkan kebanyakan tanah adalah tanah persendirian, maka kerajaan tidak dapat membekalkan kemudahan pelupusan sampah sarap.

Saturday, September 29, 2007

OuR dIsCuSsIOn...

11 September 2007

Pada pukul 8.00mlm, Kumpulan Dinamik mengadakan perbincangan di kafe Kolej Keris Mas. Pada hari tersebut, kami berbincang dalam mencari idea untuk membuat laporan ringkas hasil daripada kajian penyelidikan kami di Kota Tinggi yang akan dihantar kepada Puan Marsitah. Tujuan laporan itu dihantar kerana Puan Marsitah dan Dr Hamzah ingin membandingkan antara laporan individu di dalam blog dengan laporan yang dihantar kepada mereka. Terima kasih kepada Liana dan Syikin kerana mereka sanggup menaip laporan. Ini adalah kerana saya, Lizah dan Lina sibuk dengan exam midsem pada minggu ini….

WaHai PtSl..

6 September 2007

Pada pukul 9.00malam, ahli Kumpulan Dinamik mengadakan perbincangan di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Kerja yang kami lakukan ialah menyusun jawapan mengikut jawapan responden. Ini adalah kerana hasil penyusunan itu, kami akan membuat carta pai dengan menggunakan XP Access….

lAsT dAy Di KoTa TiNNgi..Huhu..


Isnin(3/9/2007)


8.00pg : sarapan 9.10pg : Berjalan kaki ke Bangunan Pejabat Daerah (JPS)

9.20pg : Tiba di Bangunan Pejabat Daerah(JPS)

11.10pg : Selesai temubual dengan pihak JPS

12.00pg : Rehat

1.00ptg : Bersiap dan check-out dari hotel -Bertolak pulang ke UKM 3

.30ptg : Berehat di Pagoh(Makan/Solat)

6.00ptg : Berhenti di Seremban(Solat/Rehat)

7.15ptg : Tiba di UKM

SeCoNd dAY dI KOta TiNggI...


Ahad(2/9/2007)


8.30pg : Bersiap dan sarapan pagi

8.55pg : Bertolak ke kawasan kajian(Kg.Kelantan, Kg.Tembioh)

9.00pg : Tiba di Kg.Kelantan

9.05pg : Membuat survey kumpulan masing-masing.

11.30pg : Berkumpul semula dan bersiap untuk balik ke Hotel

11.40pg : Tiba di Bandar Kota Tinggi Rehat/Makan/Solat di Hotel

2.30ptg : Semua diminta berkumpul dan bersiap untuk pergi ke Desaru Aktviti ke Desaru dibatalkan disebabkan hujan lebat fieldwork diteruskan di bandar Kota tinggi bagi mereka yang tidak selesai lagi

8.00mlm : Berjalan-jalan ke Bandar Kota Tinggi

10.00mlm:Rehat di hotel masing-masing



Sabtu(1/9/2007)


9.00pg : Bertolak dari FSSK(UKM)

10.00pg : Sarapan dan rehat di Seremban

10.30pg : Meneruskan perjalanan

1.50ptg : Tiba di Kota Tinggi Rehat/Makan

2.45ptg : Check-in ke Hotel Philton

3.00ptg : rehat

4.00ptg : Aktiviti field work ke tempat kajian (Kg.Kelantan& Kg.Tembioh) dibatalkan dan ditunda pada hari esok -Menjalankan field work masing-masing di kawasan Bandar Kota Tinggi 6.00ptg : Rehat/Solat -meneruskan fieldwork

11.00mlm: Berada di bilik masing-masing

JpS...pUaN sUpARtInI......


Isnin (3 September 2007 )


Pada hari tersebut, Kumpulan Dinamik meneruskan fieldwork yang hampir sampai ke penghujungnya. Pada hari itu, ahli kumpulan Dinamik membuat penyelidikan di JPS. Kami sampai pada masa yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 9.30 pagi. Wakil JPS yang kami temuramah ialah Puan Supartini yang merupakan Ketua Bahagian Ukur. Antara soalan yang kami ajukan kepada Puan Supartini ialah:

(1) Apakah peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)?


(2) Berapa kerapkah proses penyelenggaraan system perparitan yang dilakukan oleh JPS di Kg Kelantan dan Kg Tembioh?


(3) Adakah pihak JPS pernah melaksanakan projek pendalaman sungai sebelum banjir berlaku?


(4) Apakah faktor yang menyebabkan air sungai melimpah keluar membanjiri kampung?


(5) Apakah peranan yang dimainkan oleh pihak JPS dalam menangani isu banjir di Kg Kelantan dan Kg Tembioh?


(6) Adakah pihak JPS mempunyai sebarang cadangan dalam meningkatkan tahap kecekapan system saliran dan perparitan di Kg Kelantan dan Tembioh? Kami berasa bersyukur kerana semua persoalan kami telah terjawab. Selepas itu, kami mengadakan sesi bergambar bersama Puan Supartini sebagai kenangan dan bukti penyelidikan kami..

27/8/07.....

27/8/07
Pada tarikh ini, kumpulan kami menunjuk contoh-contoh soalan bagi tajuk yang terbaru iaitu “KESAN BANJIR TERHADAP EKOSISTEM”. Terdapat soalan yang diterima dan ada yang ditolak oleh Dr Hamzah. Pada hari tersebut juga Timbalan Pengarah menerangkan tentang tentative program sepanjang Program dijalankan. Kami membahagikan tugas setiap Membuat soalan dari pelbagai aspek..contohnya, saya Membuat soalan dari aspek kesan banjir terhadap pertanian.. Kemudian kami menggabungkan semua soalan itu untuk Ditunjukkan kepada Dr Hamzah….

26/08/2007........

26/08/2007
Pada hari tersebut ahli kumpulan Dinamik mengadakan perjumpaan. Perjumpaan tersebut adalah untuk mencari idea questionnaire…Pada hari tersebut saya tidak dapat hadir kerana saya ada program OPKIM dekat Gelang Patah, Johor…. Namun begitu saya mengatakan kepada mereka saya akan akan memberi komitmen yang lebih baik bagi gerak keje yang
seterusnya.

Tinjauan AwAl......

According to my observation during early review at Kota Tinggi,the flood that happened on last December 2006 and early January 2007 has bring a lot of changes to Kota Tinggi area itself. There are two villages that terrible damage during the flood which is Kg.Kelantan and Kg. Tembioh.Both of the villages are situated beside the Johor River and the villagers are majority Malay and Chinesse.According to Penghulu Kota Tinggi which is Mr.Wan Ismail bin Wan Ngah ,3/4 of the Kota Tinggi are submerge during the flood and all schools at Kota Tinggi was become the displacement centre for the flood victims.The flood has happen at Kota Tinggi twicely at the short period.Based on the experience of the villager of Kg Kelantan that we interview,the second flood was more terrible than the first flood and the water take long time to of tide.During the second flood the villagers do not able to do anything to safe their things because it happen at 3.00am and the water rising very fast.The last bigger flood was happened 58 years ago at Kota Tinggi which is at 1948.During at the displacement center,the contribution such as foods,clothes,and others basic things has been given to all the flood victims.Even after the flood is over,the contribution is still contenously given to the flood victims either at the things form or money.This contribution was come from the government or copporate company and of course the Malaysians people itself.

tAjUk pEnYeLiDiKaN kEdUa......

Selepas berbincang dan dengan kata sepakat, kami Berjaya mencari tajuk yang baru iaitu… IMPLIKASI BANJIR TERHADAP EKOSISTEM DAN PEMBANGUNAN BANDAR. Kumpulan kami telah membuat sebanyak 10 soalan tetapi semua soalan itu ditolak oleh Dr Hamzah. Ini adalah kerana soalan yang kami buat tidak sesuai disoalkan kepada pihak penduduk kampung malah bentuk soalan seperti kami buat hanya sesuai untuk orang-orang Bandar.

KHamIs (30 ogos 2007)

Pada hari tersebut aku sebagai wakil ahli kumpulan Dinamik berjumpa dengan Dr Hamzah untuk kali terakhir sebelum kami bertolak ke Kota Tinggi. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk meminta Dr Hamzah memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan Dinamik. Hasil daripada komen Dr Hamzah, syukur kerana akhirnya kami dapat menghasilkan questionnaire yang agak mudah untuk responden menjawabnya. Kami menghasilkan 17 soalan yang agak mudah dengan hanya menjawab “Ya” atau “Tidak” dan 4 soalan yang berbentuk idea, komen dan cadangan daripada penduduk itu sendiri. Kami membuat soalan yang berbentuk seperti ini adalah disebabkan faktor kesuntukan masa dan memberikan kemudahan kepada responden kami menjawabnya. Pada hari tersebut juga, aku menelefon pihak JPS di Kota Tinggi untuk membuat temujanji.Ini adalah kerana pihak JPS adalah sebagai sumber sekunder bagi penyelidikan Kumpulan Dinamik. Kami berasa bersyukur kerana pihak JPS dapat meluangkan masa untuk kami pada tarikh yang ditetapkan. Pada waktu malam, aku dan ahli kumpulan DInamik yang lain berkumpul di kafe Kolej Kers Mas untuk menyusun semula questionnaire dan merangka tentatif kumpulan kami sendiri untuk sepanjang program di Kota Tinggi.

TAjUk PeNyELIdIkAn PeRtAmA

Tajuk penyelidikan yang pertama ….. Tajuk pertama yang kami cadangkan adalah “ KESAN BANJIR TERHADAP EKONOMI DAN PERDAGANGAN PENDUDUK KAMPUNG KELANTAN”. Tetapi kami bersepakat Menukarkan tajuk pennyelidikan kami yang baru. Ini Adalah kerana banyak kumpulan mengambil tajuk Penyelidikan kami itu sebagai tajuk penyelidikan Mereka.

Salam Mak Jah...


Sabtu (2 September 2007) Pada hari pertama di Kota Tinggi, kami memulakan penyelidikan kami dengan sesi temubual bersama para penduduk di Bandar Kota Tinggi. Di situ, kami dapat berkenalan dengan seorang mak cik yang menggelarkan diri sebagai Mak Jah. Melalui Mak Jah, kami dapat salinan video banjir bagi Gelombang Pertama dan Kedua. Mak Jah banyak membantu kami dalam penyelidikan ini.

Banjir Besar Di Kota TinGgi....

Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Laporan Awal Kerja Lapangan Di Kota Tinggi


(1-3 September 2007)


Kami dari Kumpulan Dinamik telah menjalankan kerja lapangan di Kg.Kelantan dan di sekitar Bandar Kota Tinggi. Kaedah kajian kami meliputi tiga perkara:


1.Soal selidik dengan penduduk Kg.Kelantan.
2.Temuramah dengan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran).
3.Temuramah dengan beberapa orang peniaga di Bandar Kota Tinggi.


Setelah membuat analisis awal berdasarkan penemuan hasil penyelidikan kumpulan Dinamik, saya berpendapat bahawa Sungai Johor merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada berlakunya banjir besar di Kota Tinggi selain daripada hujan lebat yang turun. Kampung yang terletak berdekatan dengan Sungai Johor ialah Kampung Kelantan. Hasil temubual kami dengan beberapa penduduk Kg.Kelantan, mendapati bahawa amalan membuang sampah ke dalam sungai sudah menjadi amalan tradisi mereka sejak dahulu lagi. Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa penduduk kampung tersebut tidak menjaga kebajikan sungai dengan baik. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi dan penduduk terpaksa pergi ke bandar untuk membuang sampah mereka. Justeru itu,mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam sunagi sebagai pengganti kepada tong sampah. Akibatnya, sungai menjadi cetek akibat timbunan sampah di dasar sungai lalu mudah berlakunya banjir.
Rentetan daripada banjir yang berlaku,tebing Sungai Johor dan sungai berdekatan terhakis menyebabkan lebar sungai bertambah dan sungai menjadi semakin cetek.Namun menurut pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran),mereka sukar untuk membuat kerja-kerja pemulihan tebing sungai kerana kawasan Kg.Kelantan merupakan kawasan persendirian dan pihak JPS boleh dikenakan saman sekiranya menceroboh kawasan tersebut.Tambahan pula,jarak diantara tebing sungai dengan rumah penduduk sangat dekat dan menyebabkan jentera berat sukar memasuki kampung tersebut.
Manakala menurut pengalaman seorang peniaga di Bandar Kota Tinggi yang di kenali sebagai Mak Jah Rokiah berkata semasa banjir ,air sungai naik dengan dahsyat dan barang-barang terapung seakan-akan “tsunami” melanda.Beliau juga telah berbesar hati meminjamkan kami cakera padat yang merakamkan banjir semasa gelombang pertama dan kedua.
Kesimpulannya,penduduk Kg.Kelantan dan penduduk Kota Tinggi amnya seharusnya berganding bahu bagi menjaga sungai dan ekosistem di sekeliling mereka dengan baik serta tidak hanya menyalahkan pihak yang berwajib sahaja apabila berlaku sesuatu bencana seperti banjir. Ini adalah kerana pihak berwajib seperti JPS hanya bertindak dengan berfikir dahulu faktor-faktor dan kesan daripada aktiviti mereka. Ini tidak bermakna pihak berwajib malas jika mereka tidak dapat memenuhi kehendak para penduduk. Oleh kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu.

Mengimbau ‘Bah Besar’ 1926, 1971


Disediakan oleh : NIZAM YATIM
“Banjir gelombang kedua yang melanda Johor
sekarang mengingatkan kita kembali kepada
siri kejadian banjir besar yang berlaku di
Malaysia sebelum ini termasuk bencana
terburuk yang digelar ‘Bah Besar’ tahun 1926”


ULASAN : Daripada rangka di atas, banjir gelombang kedua yang telah melanda Johor telah mengingatkan semula penduduk Malaysia kembali kepada siri kejadian banjir Malaysia yang berlaku sehingga bencana alam digelar ‘Bah Besar’. Menurut Profesor Emeritus Sejarah Universiti Malaya (UM) Datuk Dr. Khoo Kay Kim, kejadian banjir besar pada tahun itu dianggap paling buruk kerana ia menyebabkan keseluruhan Kuala Lumpur tengelam. Banjir kedua yang teburuk berlaku pada 1971 yang hampir 50 peratus kawasan Kuala Lumpur ditenggelami air. Apakah faktor berlakunya banjir besar ini? Menurut Kay Kim, banjir pada 1926 dan 1971 berlaku kerana kelemahan infrastruktur saliran yang tidak mampu menampung hujan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, terdapat jugak faktor-faktor lain yang menyebebkan banjir ialah kawasan takungan air seperti paya yang ditimbus untuk pembangunan, pembinaan jambatan terlalu kecil dan rendah sehingga menyebabkan sampah tersekat, air pasang yang menghalang banjir mengalir ke laut dan sungai yang terlalu cetek. Antara gerak kerja yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi masalah banjir ini ialah mereka memperluaskan longkang, sungai, empangan dan tali air. Antara nasihat Pusat Kajian Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya, Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh ialah bagi mereka yang terlibat dalam perancangan bandar hendaklah belajar daripada sejarah dan mengambil kira faktor peningkatan kepadatan penduduk berikutan pertumbuhan kawasan perumahan dan industri.

Banjir Kali ke-3........

kebimbangan penduduk Kota Tinggi terhadap banjir kali ke-3 Merujuk kepada keratan akhbar BERNAMA :
Penduduk di Kota Tinggi merupakan daerah paling teruk dilandai banjir. Sehinggakan ada penduduk enggan membersihkan kawasan rumah mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan gelombang banjir kali kedua akan berlaku. Pendapat ini juga pernah dinyatakan oleh penduduk kampung di Pagoh ketika saya menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan banjir di Pagoh.Menurut mereka, selepas mengalami banjir besar sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan, penduduk "hilang minat" untuk membersihkan rumah masing-masing yang kotor akibat bencana tersebut."Saya hanya bersihkan sedikit-sedikit sahaja, tak larat lagi kerana takut Kota Tinggi dan rumah saya akan dilanda banjir untuk kali ketiga," kata salah seorang penduduk, Hassan Saadon, 61.Hassan dan ahli keluarganya seramai tujuh orang, enggan pulang ke rumah mereka di Jalan Kampung Tembioh, walaupun keadaan banjir di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya.Anak Hassan, Ahmad Dali, 22, pula berkata, penduduk Kota Tinggi percaya bahawa gelombang banjir itu akan melanda bandar bersejarah itu untuk kali ketiga dalam tempoh terdekat ini."Ramai di kalangan penduduk bandar ini mengatakan bahawa, banjir besar kali ketiga akan melanda Kota Tinggi sebelum Tahun Baru Cina bulan depan. Selepas berhadapan dengan dua kali banjir besar sebelum ini, penduduk memandang serius ramalan itu," katanya.Beliau berkata, masyarakat Cina di Kota Tinggi telah mengadakan upacara keagamaan untuk mengelakkan Kota Tinggi dilanda banjir lagi. Menurutnya, penduduk menjangkakan banjir ketiga itu akan lebih buruk berbanding yang pertama dan kedua.Seorang lagi penduduk Kassim Amir, 57, pula berkata, keengganan penduduk membersihkan rumah dan kedai itu memberikan kesan kepada ekonomi bandar ini.Beliau juga berkata, laporan di akhbar Cina tentang kejayaan seorang penduduk tempatan menangkap sejenis ikan yang jarang ditemui dan dikaitkan dengan petanda tidak baik, meningkatkan kebimbangan penduduk terutama masyarakat Cina tentang banjir kali ketiga itu."Ia adalah sejenis ikan yang menyerupai seekor naga. Ia mempunyai misai yang panjang, manakala badannya pula tipis memanjang," katanya yang turut melihat keratan akhbar tersebut.

Friday, September 28, 2007

UrBaNiSaSI..

Urbanisasi merupakan satu proses yang tidak dapat dipisahkan dengan pembangunan sesebuah negara. Ia juga merupakan pemangkin pembangunan dan prose-proses positif yang membawa perubahan masyarakat ke arah arus pemodenan iaitu menjadikan negara perindustrian. Akan tetapi jika pembangunan tidak dirancang dan dikawal, ianya boleh membawa impak negatif terhadap alam sekitar dan masyarakat amnya. Antara kesan negatifnya ialah masalah setinggan, kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar dan juga peningkatan risiko bahaya banjir.

WhAt'S uRbAnIzAtiOn....


The city ofLos Angeles as an example of urbanisation

Urbanisation (or urbanization) means the removal of the rural character of a town or area, a process associated with the development of civilisation. Demographically , the term denotes redistribution of populations from rural to urban settlements.