kebimbangan penduduk Kota Tinggi terhadap banjir kali ke-3 Merujuk kepada keratan akhbar BERNAMA :
Penduduk di Kota Tinggi merupakan daerah paling teruk dilandai banjir. Sehinggakan ada penduduk enggan membersihkan kawasan rumah mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan gelombang banjir kali kedua akan berlaku. Pendapat ini juga pernah dinyatakan oleh penduduk kampung di Pagoh ketika saya menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan banjir di Pagoh.Menurut mereka, selepas mengalami banjir besar sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan, penduduk "hilang minat" untuk membersihkan rumah masing-masing yang kotor akibat bencana tersebut."Saya hanya bersihkan sedikit-sedikit sahaja, tak larat lagi kerana takut Kota Tinggi dan rumah saya akan dilanda banjir untuk kali ketiga," kata salah seorang penduduk, Hassan Saadon, 61.Hassan dan ahli keluarganya seramai tujuh orang, enggan pulang ke rumah mereka di Jalan Kampung Tembioh, walaupun keadaan banjir di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya.Anak Hassan, Ahmad Dali, 22, pula berkata, penduduk Kota Tinggi percaya bahawa gelombang banjir itu akan melanda bandar bersejarah itu untuk kali ketiga dalam tempoh terdekat ini."Ramai di kalangan penduduk bandar ini mengatakan bahawa, banjir besar kali ketiga akan melanda Kota Tinggi sebelum Tahun Baru Cina bulan depan. Selepas berhadapan dengan dua kali banjir besar sebelum ini, penduduk memandang serius ramalan itu," katanya.Beliau berkata, masyarakat Cina di Kota Tinggi telah mengadakan upacara keagamaan untuk mengelakkan Kota Tinggi dilanda banjir lagi. Menurutnya, penduduk menjangkakan banjir ketiga itu akan lebih buruk berbanding yang pertama dan kedua.Seorang lagi penduduk Kassim Amir, 57, pula berkata, keengganan penduduk membersihkan rumah dan kedai itu memberikan kesan kepada ekonomi bandar ini.Beliau juga berkata, laporan di akhbar Cina tentang kejayaan seorang penduduk tempatan menangkap sejenis ikan yang jarang ditemui dan dikaitkan dengan petanda tidak baik, meningkatkan kebimbangan penduduk terutama masyarakat Cina tentang banjir kali ketiga itu."Ia adalah sejenis ikan yang menyerupai seekor naga. Ia mempunyai misai yang panjang, manakala badannya pula tipis memanjang," katanya yang turut melihat keratan akhbar tersebut.
No comments:
Post a Comment