Pada hari tersebut aku sebagai wakil ahli kumpulan Dinamik berjumpa dengan Dr Hamzah untuk kali terakhir sebelum kami bertolak ke Kota Tinggi. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk meminta Dr Hamzah memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan Dinamik. Hasil daripada komen Dr Hamzah, syukur kerana akhirnya kami dapat menghasilkan questionnaire yang agak mudah untuk responden menjawabnya. Kami menghasilkan 17 soalan yang agak mudah dengan hanya menjawab “Ya” atau “Tidak” dan 4 soalan yang berbentuk idea, komen dan cadangan daripada penduduk itu sendiri. Kami membuat soalan yang berbentuk seperti ini adalah disebabkan faktor kesuntukan masa dan memberikan kemudahan kepada responden kami menjawabnya. Pada hari tersebut juga, aku menelefon pihak JPS di Kota Tinggi untuk membuat temujanji.Ini adalah kerana pihak JPS adalah sebagai sumber sekunder bagi penyelidikan Kumpulan Dinamik. Kami berasa bersyukur kerana pihak JPS dapat meluangkan masa untuk kami pada tarikh yang ditetapkan. Pada waktu malam, aku dan ahli kumpulan DInamik yang lain berkumpul di kafe Kolej Kers Mas untuk menyusun semula questionnaire dan merangka tentatif kumpulan kami sendiri untuk sepanjang program di Kota Tinggi.
Saturday, September 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment