Saturday, September 29, 2007

Laporan Awal Kerja Lapangan Di Kota Tinggi


(1-3 September 2007)


Kami dari Kumpulan Dinamik telah menjalankan kerja lapangan di Kg.Kelantan dan di sekitar Bandar Kota Tinggi. Kaedah kajian kami meliputi tiga perkara:


1.Soal selidik dengan penduduk Kg.Kelantan.
2.Temuramah dengan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran).
3.Temuramah dengan beberapa orang peniaga di Bandar Kota Tinggi.


Setelah membuat analisis awal berdasarkan penemuan hasil penyelidikan kumpulan Dinamik, saya berpendapat bahawa Sungai Johor merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada berlakunya banjir besar di Kota Tinggi selain daripada hujan lebat yang turun. Kampung yang terletak berdekatan dengan Sungai Johor ialah Kampung Kelantan. Hasil temubual kami dengan beberapa penduduk Kg.Kelantan, mendapati bahawa amalan membuang sampah ke dalam sungai sudah menjadi amalan tradisi mereka sejak dahulu lagi. Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa penduduk kampung tersebut tidak menjaga kebajikan sungai dengan baik. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi dan penduduk terpaksa pergi ke bandar untuk membuang sampah mereka. Justeru itu,mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam sunagi sebagai pengganti kepada tong sampah. Akibatnya, sungai menjadi cetek akibat timbunan sampah di dasar sungai lalu mudah berlakunya banjir.
Rentetan daripada banjir yang berlaku,tebing Sungai Johor dan sungai berdekatan terhakis menyebabkan lebar sungai bertambah dan sungai menjadi semakin cetek.Namun menurut pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran),mereka sukar untuk membuat kerja-kerja pemulihan tebing sungai kerana kawasan Kg.Kelantan merupakan kawasan persendirian dan pihak JPS boleh dikenakan saman sekiranya menceroboh kawasan tersebut.Tambahan pula,jarak diantara tebing sungai dengan rumah penduduk sangat dekat dan menyebabkan jentera berat sukar memasuki kampung tersebut.
Manakala menurut pengalaman seorang peniaga di Bandar Kota Tinggi yang di kenali sebagai Mak Jah Rokiah berkata semasa banjir ,air sungai naik dengan dahsyat dan barang-barang terapung seakan-akan “tsunami” melanda.Beliau juga telah berbesar hati meminjamkan kami cakera padat yang merakamkan banjir semasa gelombang pertama dan kedua.
Kesimpulannya,penduduk Kg.Kelantan dan penduduk Kota Tinggi amnya seharusnya berganding bahu bagi menjaga sungai dan ekosistem di sekeliling mereka dengan baik serta tidak hanya menyalahkan pihak yang berwajib sahaja apabila berlaku sesuatu bencana seperti banjir. Ini adalah kerana pihak berwajib seperti JPS hanya bertindak dengan berfikir dahulu faktor-faktor dan kesan daripada aktiviti mereka. Ini tidak bermakna pihak berwajib malas jika mereka tidak dapat memenuhi kehendak para penduduk. Oleh kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu.

No comments: