11 September 2007
Pada pukul 8.00mlm, Kumpulan Dinamik mengadakan perbincangan di kafe Kolej Keris Mas. Pada hari tersebut, kami berbincang dalam mencari idea untuk membuat laporan ringkas hasil daripada kajian penyelidikan kami di Kota Tinggi yang akan dihantar kepada Puan Marsitah. Tujuan laporan itu dihantar kerana Puan Marsitah dan Dr Hamzah ingin membandingkan antara laporan individu di dalam blog dengan laporan yang dihantar kepada mereka. Terima kasih kepada Liana dan Syikin kerana mereka sanggup menaip laporan. Ini adalah kerana saya, Lizah dan Lina sibuk dengan exam midsem pada minggu ini….
Saturday, September 29, 2007
WaHai PtSl..
6 September 2007
Pada pukul 9.00malam, ahli Kumpulan Dinamik mengadakan perbincangan di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Kerja yang kami lakukan ialah menyusun jawapan mengikut jawapan responden. Ini adalah kerana hasil penyusunan itu, kami akan membuat carta pai dengan menggunakan XP Access….
Pada pukul 9.00malam, ahli Kumpulan Dinamik mengadakan perbincangan di Perpustakaan Tun Sri Lanang. Kerja yang kami lakukan ialah menyusun jawapan mengikut jawapan responden. Ini adalah kerana hasil penyusunan itu, kami akan membuat carta pai dengan menggunakan XP Access….
lAsT dAy Di KoTa TiNNgi..Huhu..
Isnin(3/9/2007)
8.00pg : sarapan 9.10pg : Berjalan kaki ke Bangunan Pejabat Daerah (JPS)
9.20pg : Tiba di Bangunan Pejabat Daerah(JPS)
11.10pg : Selesai temubual dengan pihak JPS
12.00pg : Rehat
1.00ptg : Bersiap dan check-out dari hotel -Bertolak pulang ke UKM 3
.30ptg : Berehat di Pagoh(Makan/Solat)
6.00ptg : Berhenti di Seremban(Solat/Rehat)
7.15ptg : Tiba di UKM
SeCoNd dAY dI KOta TiNggI...
Ahad(2/9/2007)
8.30pg : Bersiap dan sarapan pagi
8.55pg : Bertolak ke kawasan kajian(Kg.Kelantan, Kg.Tembioh)
9.00pg : Tiba di Kg.Kelantan
9.05pg : Membuat survey kumpulan masing-masing.
11.30pg : Berkumpul semula dan bersiap untuk balik ke Hotel
11.40pg : Tiba di Bandar Kota Tinggi Rehat/Makan/Solat di Hotel
2.30ptg : Semua diminta berkumpul dan bersiap untuk pergi ke Desaru Aktviti ke Desaru dibatalkan disebabkan hujan lebat fieldwork diteruskan di bandar Kota tinggi bagi mereka yang tidak selesai lagi
8.00mlm : Berjalan-jalan ke Bandar Kota Tinggi
10.00mlm:Rehat di hotel masing-masing
Sabtu(1/9/2007)
9.00pg : Bertolak dari FSSK(UKM)
10.00pg : Sarapan dan rehat di Seremban
10.30pg : Meneruskan perjalanan
1.50ptg : Tiba di Kota Tinggi Rehat/Makan
2.45ptg : Check-in ke Hotel Philton
3.00ptg : rehat
4.00ptg : Aktiviti field work ke tempat kajian (Kg.Kelantan& Kg.Tembioh) dibatalkan dan ditunda pada hari esok -Menjalankan field work masing-masing di kawasan Bandar Kota Tinggi 6.00ptg : Rehat/Solat -meneruskan fieldwork
11.00mlm: Berada di bilik masing-masing
JpS...pUaN sUpARtInI......
Isnin (3 September 2007 )
Pada hari tersebut, Kumpulan Dinamik meneruskan fieldwork yang hampir sampai ke penghujungnya. Pada hari itu, ahli kumpulan Dinamik membuat penyelidikan di JPS. Kami sampai pada masa yang telah ditetapkan iaitu pada pukul 9.30 pagi. Wakil JPS yang kami temuramah ialah Puan Supartini yang merupakan Ketua Bahagian Ukur. Antara soalan yang kami ajukan kepada Puan Supartini ialah:
(1) Apakah peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)?
(2) Berapa kerapkah proses penyelenggaraan system perparitan yang dilakukan oleh JPS di Kg Kelantan dan Kg Tembioh?
(3) Adakah pihak JPS pernah melaksanakan projek pendalaman sungai sebelum banjir berlaku?
(4) Apakah faktor yang menyebabkan air sungai melimpah keluar membanjiri kampung?
(5) Apakah peranan yang dimainkan oleh pihak JPS dalam menangani isu banjir di Kg Kelantan dan Kg Tembioh?
(6) Adakah pihak JPS mempunyai sebarang cadangan dalam meningkatkan tahap kecekapan system saliran dan perparitan di Kg Kelantan dan Tembioh? Kami berasa bersyukur kerana semua persoalan kami telah terjawab. Selepas itu, kami mengadakan sesi bergambar bersama Puan Supartini sebagai kenangan dan bukti penyelidikan kami..
27/8/07.....
27/8/07
Pada tarikh ini, kumpulan kami menunjuk contoh-contoh soalan bagi tajuk yang terbaru iaitu “KESAN BANJIR TERHADAP EKOSISTEM”. Terdapat soalan yang diterima dan ada yang ditolak oleh Dr Hamzah. Pada hari tersebut juga Timbalan Pengarah menerangkan tentang tentative program sepanjang Program dijalankan. Kami membahagikan tugas setiap Membuat soalan dari pelbagai aspek..contohnya, saya Membuat soalan dari aspek kesan banjir terhadap pertanian.. Kemudian kami menggabungkan semua soalan itu untuk Ditunjukkan kepada Dr Hamzah….
26/08/2007........
26/08/2007
Pada hari tersebut ahli kumpulan Dinamik mengadakan perjumpaan. Perjumpaan tersebut adalah untuk mencari idea questionnaire…Pada hari tersebut saya tidak dapat hadir kerana saya ada program OPKIM dekat Gelang Patah, Johor…. Namun begitu saya mengatakan kepada mereka saya akan akan memberi komitmen yang lebih baik bagi gerak keje yang
seterusnya.
seterusnya.
Tinjauan AwAl......
According to my observation during early review at Kota Tinggi,the flood that happened on last December 2006 and early January 2007 has bring a lot of changes to Kota Tinggi area itself. There are two villages that terrible damage during the flood which is Kg.Kelantan and Kg. Tembioh.Both of the villages are situated beside the Johor River and the villagers are majority Malay and Chinesse.According to Penghulu Kota Tinggi which is Mr.Wan Ismail bin Wan Ngah ,3/4 of the Kota Tinggi are submerge during the flood and all schools at Kota Tinggi was become the displacement centre for the flood victims.The flood has happen at Kota Tinggi twicely at the short period.Based on the experience of the villager of Kg Kelantan that we interview,the second flood was more terrible than the first flood and the water take long time to of tide.During the second flood the villagers do not able to do anything to safe their things because it happen at 3.00am and the water rising very fast.The last bigger flood was happened 58 years ago at Kota Tinggi which is at 1948.During at the displacement center,the contribution such as foods,clothes,and others basic things has been given to all the flood victims.Even after the flood is over,the contribution is still contenously given to the flood victims either at the things form or money.This contribution was come from the government or copporate company and of course the Malaysians people itself.
tAjUk pEnYeLiDiKaN kEdUa......
Selepas berbincang dan dengan kata sepakat, kami Berjaya mencari tajuk yang baru iaitu… IMPLIKASI BANJIR TERHADAP EKOSISTEM DAN PEMBANGUNAN BANDAR. Kumpulan kami telah membuat sebanyak 10 soalan tetapi semua soalan itu ditolak oleh Dr Hamzah. Ini adalah kerana soalan yang kami buat tidak sesuai disoalkan kepada pihak penduduk kampung malah bentuk soalan seperti kami buat hanya sesuai untuk orang-orang Bandar.
KHamIs (30 ogos 2007)
Pada hari tersebut aku sebagai wakil ahli kumpulan Dinamik berjumpa dengan Dr Hamzah untuk kali terakhir sebelum kami bertolak ke Kota Tinggi. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk meminta Dr Hamzah memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan Dinamik. Hasil daripada komen Dr Hamzah, syukur kerana akhirnya kami dapat menghasilkan questionnaire yang agak mudah untuk responden menjawabnya. Kami menghasilkan 17 soalan yang agak mudah dengan hanya menjawab “Ya” atau “Tidak” dan 4 soalan yang berbentuk idea, komen dan cadangan daripada penduduk itu sendiri. Kami membuat soalan yang berbentuk seperti ini adalah disebabkan faktor kesuntukan masa dan memberikan kemudahan kepada responden kami menjawabnya. Pada hari tersebut juga, aku menelefon pihak JPS di Kota Tinggi untuk membuat temujanji.Ini adalah kerana pihak JPS adalah sebagai sumber sekunder bagi penyelidikan Kumpulan Dinamik. Kami berasa bersyukur kerana pihak JPS dapat meluangkan masa untuk kami pada tarikh yang ditetapkan. Pada waktu malam, aku dan ahli kumpulan DInamik yang lain berkumpul di kafe Kolej Kers Mas untuk menyusun semula questionnaire dan merangka tentatif kumpulan kami sendiri untuk sepanjang program di Kota Tinggi.
TAjUk PeNyELIdIkAn PeRtAmA
Tajuk penyelidikan yang pertama ….. Tajuk pertama yang kami cadangkan adalah “ KESAN BANJIR TERHADAP EKONOMI DAN PERDAGANGAN PENDUDUK KAMPUNG KELANTAN”. Tetapi kami bersepakat Menukarkan tajuk pennyelidikan kami yang baru. Ini Adalah kerana banyak kumpulan mengambil tajuk Penyelidikan kami itu sebagai tajuk penyelidikan Mereka.
Salam Mak Jah...
Sabtu (2 September 2007) Pada hari pertama di Kota Tinggi, kami memulakan penyelidikan kami dengan sesi temubual bersama para penduduk di Bandar Kota Tinggi. Di situ, kami dapat berkenalan dengan seorang mak cik yang menggelarkan diri sebagai Mak Jah. Melalui Mak Jah, kami dapat salinan video banjir bagi Gelombang Pertama dan Kedua. Mak Jah banyak membantu kami dalam penyelidikan ini.
Banjir Besar Di Kota TinGgi....
Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.
Laporan Awal Kerja Lapangan Di Kota Tinggi
(1-3 September 2007)
Kami dari Kumpulan Dinamik telah menjalankan kerja lapangan di Kg.Kelantan dan di sekitar Bandar Kota Tinggi. Kaedah kajian kami meliputi tiga perkara:
1.Soal selidik dengan penduduk Kg.Kelantan.
2.Temuramah dengan pihak JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran).
3.Temuramah dengan beberapa orang peniaga di Bandar Kota Tinggi.
Setelah membuat analisis awal berdasarkan penemuan hasil penyelidikan kumpulan Dinamik, saya berpendapat bahawa Sungai Johor merupakan faktor terpenting yang menyumbang kepada berlakunya banjir besar di Kota Tinggi selain daripada hujan lebat yang turun. Kampung yang terletak berdekatan dengan Sungai Johor ialah Kampung Kelantan. Hasil temubual kami dengan beberapa penduduk Kg.Kelantan, mendapati bahawa amalan membuang sampah ke dalam sungai sudah menjadi amalan tradisi mereka sejak dahulu lagi. Keadaan ini jelas mencerminkan bahawa penduduk kampung tersebut tidak menjaga kebajikan sungai dengan baik. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan Kg.Kelantan bukan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Tinggi dan penduduk terpaksa pergi ke bandar untuk membuang sampah mereka. Justeru itu,mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah ke dalam sunagi sebagai pengganti kepada tong sampah. Akibatnya, sungai menjadi cetek akibat timbunan sampah di dasar sungai lalu mudah berlakunya banjir.
Rentetan daripada banjir yang berlaku,tebing Sungai Johor dan sungai berdekatan terhakis menyebabkan lebar sungai bertambah dan sungai menjadi semakin cetek.Namun menurut pihak JPS(Jabatan Pengairan dan Saliran),mereka sukar untuk membuat kerja-kerja pemulihan tebing sungai kerana kawasan Kg.Kelantan merupakan kawasan persendirian dan pihak JPS boleh dikenakan saman sekiranya menceroboh kawasan tersebut.Tambahan pula,jarak diantara tebing sungai dengan rumah penduduk sangat dekat dan menyebabkan jentera berat sukar memasuki kampung tersebut.
Manakala menurut pengalaman seorang peniaga di Bandar Kota Tinggi yang di kenali sebagai Mak Jah Rokiah berkata semasa banjir ,air sungai naik dengan dahsyat dan barang-barang terapung seakan-akan “tsunami” melanda.Beliau juga telah berbesar hati meminjamkan kami cakera padat yang merakamkan banjir semasa gelombang pertama dan kedua.
Kesimpulannya,penduduk Kg.Kelantan dan penduduk Kota Tinggi amnya seharusnya berganding bahu bagi menjaga sungai dan ekosistem di sekeliling mereka dengan baik serta tidak hanya menyalahkan pihak yang berwajib sahaja apabila berlaku sesuatu bencana seperti banjir. Ini adalah kerana pihak berwajib seperti JPS hanya bertindak dengan berfikir dahulu faktor-faktor dan kesan daripada aktiviti mereka. Ini tidak bermakna pihak berwajib malas jika mereka tidak dapat memenuhi kehendak para penduduk. Oleh kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu.
Mengimbau ‘Bah Besar’ 1926, 1971
Disediakan oleh : NIZAM YATIM
“Banjir gelombang kedua yang melanda Johor
sekarang mengingatkan kita kembali kepada
siri kejadian banjir besar yang berlaku di
Malaysia sebelum ini termasuk bencana
terburuk yang digelar ‘Bah Besar’ tahun 1926”
“Banjir gelombang kedua yang melanda Johor
sekarang mengingatkan kita kembali kepada
siri kejadian banjir besar yang berlaku di
Malaysia sebelum ini termasuk bencana
terburuk yang digelar ‘Bah Besar’ tahun 1926”
ULASAN : Daripada rangka di atas, banjir gelombang kedua yang telah melanda Johor telah mengingatkan semula penduduk Malaysia kembali kepada siri kejadian banjir Malaysia yang berlaku sehingga bencana alam digelar ‘Bah Besar’. Menurut Profesor Emeritus Sejarah Universiti Malaya (UM) Datuk Dr. Khoo Kay Kim, kejadian banjir besar pada tahun itu dianggap paling buruk kerana ia menyebabkan keseluruhan Kuala Lumpur tengelam. Banjir kedua yang teburuk berlaku pada 1971 yang hampir 50 peratus kawasan Kuala Lumpur ditenggelami air. Apakah faktor berlakunya banjir besar ini? Menurut Kay Kim, banjir pada 1926 dan 1971 berlaku kerana kelemahan infrastruktur saliran yang tidak mampu menampung hujan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, terdapat jugak faktor-faktor lain yang menyebebkan banjir ialah kawasan takungan air seperti paya yang ditimbus untuk pembangunan, pembinaan jambatan terlalu kecil dan rendah sehingga menyebabkan sampah tersekat, air pasang yang menghalang banjir mengalir ke laut dan sungai yang terlalu cetek. Antara gerak kerja yang dijalankan oleh pihak kerajaan dalam mengatasi masalah banjir ini ialah mereka memperluaskan longkang, sungai, empangan dan tali air. Antara nasihat Pusat Kajian Hal Ehwal Iklim Universiti Malaya, Profesor Dr. Khairulmaini Osman Salleh ialah bagi mereka yang terlibat dalam perancangan bandar hendaklah belajar daripada sejarah dan mengambil kira faktor peningkatan kepadatan penduduk berikutan pertumbuhan kawasan perumahan dan industri.
Banjir Kali ke-3........
kebimbangan penduduk Kota Tinggi terhadap banjir kali ke-3 Merujuk kepada keratan akhbar BERNAMA :
Penduduk di Kota Tinggi merupakan daerah paling teruk dilandai banjir. Sehinggakan ada penduduk enggan membersihkan kawasan rumah mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan gelombang banjir kali kedua akan berlaku. Pendapat ini juga pernah dinyatakan oleh penduduk kampung di Pagoh ketika saya menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan banjir di Pagoh.Menurut mereka, selepas mengalami banjir besar sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan, penduduk "hilang minat" untuk membersihkan rumah masing-masing yang kotor akibat bencana tersebut."Saya hanya bersihkan sedikit-sedikit sahaja, tak larat lagi kerana takut Kota Tinggi dan rumah saya akan dilanda banjir untuk kali ketiga," kata salah seorang penduduk, Hassan Saadon, 61.Hassan dan ahli keluarganya seramai tujuh orang, enggan pulang ke rumah mereka di Jalan Kampung Tembioh, walaupun keadaan banjir di Kota Tinggi telah pulih sepenuhnya.Anak Hassan, Ahmad Dali, 22, pula berkata, penduduk Kota Tinggi percaya bahawa gelombang banjir itu akan melanda bandar bersejarah itu untuk kali ketiga dalam tempoh terdekat ini."Ramai di kalangan penduduk bandar ini mengatakan bahawa, banjir besar kali ketiga akan melanda Kota Tinggi sebelum Tahun Baru Cina bulan depan. Selepas berhadapan dengan dua kali banjir besar sebelum ini, penduduk memandang serius ramalan itu," katanya.Beliau berkata, masyarakat Cina di Kota Tinggi telah mengadakan upacara keagamaan untuk mengelakkan Kota Tinggi dilanda banjir lagi. Menurutnya, penduduk menjangkakan banjir ketiga itu akan lebih buruk berbanding yang pertama dan kedua.Seorang lagi penduduk Kassim Amir, 57, pula berkata, keengganan penduduk membersihkan rumah dan kedai itu memberikan kesan kepada ekonomi bandar ini.Beliau juga berkata, laporan di akhbar Cina tentang kejayaan seorang penduduk tempatan menangkap sejenis ikan yang jarang ditemui dan dikaitkan dengan petanda tidak baik, meningkatkan kebimbangan penduduk terutama masyarakat Cina tentang banjir kali ketiga itu."Ia adalah sejenis ikan yang menyerupai seekor naga. Ia mempunyai misai yang panjang, manakala badannya pula tipis memanjang," katanya yang turut melihat keratan akhbar tersebut.
Friday, September 28, 2007
UrBaNiSaSI..
Urbanisasi merupakan satu proses yang tidak dapat dipisahkan dengan pembangunan sesebuah negara. Ia juga merupakan pemangkin pembangunan dan prose-proses positif yang membawa perubahan masyarakat ke arah arus pemodenan iaitu menjadikan negara perindustrian. Akan tetapi jika pembangunan tidak dirancang dan dikawal, ianya boleh membawa impak negatif terhadap alam sekitar dan masyarakat amnya. Antara kesan negatifnya ialah masalah setinggan, kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar dan juga peningkatan risiko bahaya banjir.
WhAt'S uRbAnIzAtiOn....
Subscribe to:
Posts (Atom)